Pengurusan
risiko ialah pengenalpastian, analisis dan pengawalan
ekonomi risiko yang mengancam aset atau keupayaan perolehan
sesebuah syarikat atau individu. Ia merupakan aspek
penting dalam perancangan kewangan yang boleh memberi
keselesaan dan kelegaan sekiranya berlaku perkara yang
tidak diingini kepada anda, yang sebelum itu telah anda
insuranskan.
Beberapa
risiko peribadi yang mungkin anda hadapi termasuk:
- Kematian
awal
-
Hilang upaya menyeluruh dan kekal
-
Menghidap penyakit kritikal
-
Keperluan pendapatan ketika persaraan
-
Pembiayaan pendidikan anak
-
Rawatan jangka panjang ibu bapa
Secara
ringkasnya, anda mungkin meninggal dunia ketika usia
masih muda, hidup terlalu lama, meninggal dunia akibat
penyakit atau hilang upaya.
Insurans
ialah mekanisme pemindahan risiko yang digunakan oleh
individu atau organisasi untuk menukar sesuatu yang
tidak pasti kepada pasti. Individu setuju untuk membayar
premium tetap dan sebagai pulangan, syarikat insurans
bersetuju untuk menggantikan apa jua kerugian yang berlaku
mengikut terma polisi.
Pelan
insurans perlulah berdasarkan “Prinsip
Kerugian Besar” yang bermakna menginsuranskan
sesuatu pada jangkaan kekerapan rendah tetapi mempunyai
risiko teruk yang tinggi. Sebagai contoh, membeli insurans
untuk penyakit kritikal seperti barah atau sakit jantung,
yang kemungkinan berlakunya hanya sekali dalam hidup
anda (kekerapan rendah) tetapi apabila berlaku, masalah
kewangan yang dihadapi begitu besar. Berbaloi sekiranya
anda mengambil insurans untuk penyakit begini tetapi
tidak jika mengambilnya untuk demam selesema biasa atau
untuk pemeriksaan doktor panel yang mungkin memerlukan
kos RM40. Risiko pada asasnya ialah kombinasi hal-hal
yang berkemungkinan berlaku dan kesan teruk yang dialami
sekiranya berlaku.
|