| Semenjak liberalisasi ke atas peraturan pentadbiran bursa asing oleh Bank Negara pada 1 April 2005, Malaysia telah menyaksikan pelancaran beberapa dana global oleh sebilangan syarikat pengurusan unit amanah. Pelabur Malaysia kini berpeluang melabur dalam sekuriti yang didagangkan di pasaran asing melalui alat pelaburan dalam bentuk dana global.

klik imej untuk dibesarkan
| Soalan Lazim Mengenai Dana Global |
| S: |
Bagaimana memulakan pelaburan dalam dana global? |
| J: |
Pelabur boleh pergi ke mana-mana syarikat pengurusan unit amanah yang bertauliah yang menawarkan dana yang dilaburkan dalam pasaran asing. |
| |
|
| S: |
Di mana saya boleh mendapat maklumat mengenai dana ini? |
| J: |
Pada umumnya, maklumat seperti objektif dana, risiko dan potensi pulangan boleh diperoleh daripada prospektus dana. Pelabur boleh juga mendapat panduan daripada penasihat pelaburan berlesen. |
| |
|
| S: |
Bagaimana dengan bayaran dan caj? Adakah sama dengan dana tempatan? |
| J: |
Tiada bayaran tambahan bagi pelaburan dalam dana global. Caj yang dikenakan adalah sama dengan dana unit amanah tempatan. |
| |
|
| S: |
Bagaimana hendak memantau dana tersebut? |
| J: |
Pelabur boleh menyemak harga unit dalam semua akhbar utama tempatan. Bagaimanapun, dalam sesetengah keadaan, disebabkan perbezaan zon masa bagi pasaran asing (di mana dana itu dilaburkan), maklumat harga mungkin bukan terkini. |
| |
|
| S: |
Adakah tempoh bertenang sama seperti dana tempatan? |
| J: |
Tempoh bertenang adalah sama dengan dana unit amanah tempatan. |
| |
Global |
Tempatan |
Objektif pelaburan
|
Bertujuan untuk mencapai tambah nilai/pertumbuhan modal melalui pelaburan dalam sekuriti yang didagangkan di pasaran asing. |
Bertujuan untuk mencapai tambah nilai modal jangka panjang melalui pelaburan dalam sekuriti yang didagangkan di pasaran tempatan. |
Risiko |
Umumnya, dana ini dipengaruhi oleh risiko negara, risiko mata wang dan risiko pasaran asing. |
Risiko hanya tertumpu kepada sebuah negara, misalannya Malaysia (ekonomi, politik dan pasaran). Tiada risiko mata wang bagi dana tempatan. |
| Manfaat |
Pempelbagaian portfolio pelaburan yang meluas merentasi banyak negara, dan ini meminimumkan risiko melabur dalam satu negara. |
Pempelbagaian portfolio pelaburan merentasi instrumen kewangan yang didagangkan di pasaran tempatan. |
Nota: Senarai di atas bukan senarai lengkap dan ia bertujuan sebagai perbandingan ciri-ciri utama bagi dana global dan tempatan. Pelabur mesti membaca prospektus dan mendapatkan nasihat profesional pelaburan berlesen bagi memperoleh lebih banyak maklumat, terutamanya tentang risiko dan manfaat bagi kedua-dua dana. |