PRODUK PELABURAN
Ekuiti
Apabila tajuk pelaburan dibincangkan, kebanyakan orang cenderung berfikir tentang saham. Ini tidak menghairankan kerana ekuiti merupakan instrumen pelaburan yang paling popular dalam pasaran modal Malaysia. Walaupun ia popular, tetapi pergerakan harga sahamnya sering turun naik. Namun tidak salah untuk mengetahui lebih lanjut yang berikut:
Saham
Terbitan Bonus
Terbitan Hak
Soalan Yang Perlu Ditanya Oleh Pelabur
Perkara Bijak yang Perlu Diketahui Mengenai Ekuiti
Unit amanah
Unit amanah dibentuk menjadi pelaburan paling diminati. Mengapa? Biasanya jawapan pelabur adalah untuk mencapai kepelbagaian, justeru dapat mengurangkan risiko, dengan jumlah dana yang kecil. Ia juga mengenai perlunya mendapat perkhidmatan daripada golongan profesional yang berkemahiran untuk mengurus wang anda. Ketahui lebih lanjut tentang unit amanah dalam:
Apakah Unit Amanah
Jenis-jenis Unit Amanah
Kelebihan dan Kekurangan Unit Amanah
Perkara Bijak yang Perlu Diketahui Mengenai Unit Amanah
Niaga Hadapan & Opsyen
Pelaburan dalam niaga hadapan dan opsyen menjanjikan tindakan cepat, minimum yang rendah dan keuntungan besar, lebih banyak ganjaran berbanding dengan pelaburan jenis lain. Tetapi ia juga berisiko tinggi. Ya, anda boleh mendapat banyak untung tetapi anda juga boleh mengalami kerugian yang banyak. Niaga hadapan dan opsyen bukan pelaburan untuk mereka yang kurang mahir. Amat penting anda memahami sepenuhnya mengenai aset kewangan ini sebelum mula mempertimbangkan untuk melabur.
Waran atau TSR
Waran diniagakan dengan aktif oleh pelabur biasa kerana harganya yang agak murah. Tetapi adakah semua pelabur tahu nilai sebenar sesuatu waran, dan sekiranya anda tidak melaksanakan hak anda, waran menjadi tidak bernilai selepas tempoh yang ditentukan tamat? Sekiranya anda tidak tahu, inilah masa untuk anda mengetahui apakah erti pelaburan waran.
Bon
Pelabur biasa tidak begitu tahu mengenai bon sebagai pilihan pelaburan kerana bon diniagakan secara besar-besaran oleh pelabur institusi. Bagaimanapun, dengan wujudnya dana bon, pelabur individu boleh melabur dalam bon. Pelabur perlu belajar tentang bon kerana ia merupakan alternatif lebih selamat berbanding dengan pelaburan saham. Kami kemukakan di sini soalan yang sering ditanya tentang bon.
Pelaburan Kacukan
Seperti telur dadar yang semakin menyelerakan jika dicampur keju dan cendawan ketika memasaknya, produk pelaburan turut menjadi lebih menarik jika ia digabungkan dengan beberapa ciri menarik sekuriti lain. Sertai sekuriti kacukan - pelaburan yang merupakan sebahagian hutang dan sebahagian ekuiti untuk menawarkan kombinasi bermanfaat kepada pelabur.
Apa itu Waran Berstruktur?
Ciri-ciri, manfaat dan risiko waran berstruktur dijelaskan.