|
| |
| PELABURAN
SAYA, HAK SAYA! |
| Pengenalan |
Apabila
anda membuat pelaburan dengan membeli stok dalam sesebuah
syarikat, anda mengharapkan syarikat tersebut menyalurkan
keuntungan dan memberikan anda pulangan yang baik bagi
pelaburan tersebut. Walau bagaimanapun, sering kali
berlaku, pelabur menyaksikan nilai pelaburan mereka
mengecut melalui amalan tadbir urus korporat yang lemah
oleh pemegang saham yang mengawal atau pengurus korporat.
Salah laku tadbir urus korporat yang mendapat publisiti
besar-besaran menyaksikan orang dalam “mencuri”
aset syarikat dengan pelbagai cara, atau pengarah-pengarah
yang berkali-kali gagal melaksanakan tanggungjawab fidusiari
mereka untuk melindungi aset dan kepentingan syarikat
serta mendorong syarikat membuat projek yang rugi.
Ini berlaku kerana banyak pemegang
saham minoriti jahil terhadap hak mereka dan juga
tidak menyedari bahawa mereka tertindas. Apabila menyedarinya,
selalunya mereka mengambil pendekatan yang pasif dan
mentah terhadap kekurangan amalan tadbir urus yang
baik tersebut, dan tidak mengambil sebarang tindakan.
Apabila mereka memutuskan untuk mengambil tindakan,
mereka kurang pengetahuan tentang hak, pilihan dan
saluran yang betul untuk meluahkan perasaan tidak
puas hati. Mereka juga mungkin tidak menyedari, sehingga
terlambat, bahawa terdapat tempoh masa yang ditetapkan
oleh undang-undang untuk mengambil tindakan.
Kita juga acap kali melihat pelabur
runcit dipujuk membeli produk pelaburan seperti derivatif
yang didagangkan di bursa, atau dana unit amanah yang
tidak bersesuaian dengan kehendak risiko dan objektif
pelaburan mereka. Pelabur seumpama ini mungkin akhirnya
akan kerugian lebih banyak wang daripada yang boleh
ditanggung oleh mereka apabila nilai pelaburan mereka
naik turun di pasaran. Sering kali, mereka menyalahkan
nasib malang sebagai penyebab kerugian itu berlaku,
kerana mereka tidak menyedari bahawa mereka mempunyai
hak untuk dilindungi daripada tatalaku perantara pasaran
yang tidak profesional.
Anda Mempunyai Hak
Sebagai pelabur, anda mempunyai:
| (i) |
hak
sebagai pemegang saham sesebuah syarikat; dan |
| |
|
| (ii) |
hak
sebagai pelanggan produk dan perkhidmatan berkualiti
tinggi daripada broker saham/remisier atau broker/wakil
berdaftar niaga hadapan atau syarikat pengurusan/ejen
unit amanah. |
Di Malaysia, hak pelabur dilindungi
bawah beberapa undang-undang sedia ada, iaitu bawah
Akta Syarikat 1965 (CA) Akta Suruhanjaya Sekuriti
1993(SCA), Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA),
Akta Niaga Hadapan 1993 (FIA), Akta Perindustrian
Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) dan
peraturan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), Bursa Dagangan
Sekuriti dan Sebut Harga Automasi Malaysia (MESDAQ)
dan Bursa Derivatif Malaysia (MDEX).
Bahagian ini bertujuan untuk memberikan
panduan bagaimana anda, sebagai pelabur, boleh melaksanakan:
-
hak
untuk mendapatkan maklumat;
-
hak untuk menyuarakan pendapat; dan
-
hak untuk mengemukakan aduan.
|
| |
 |
|
|
|
|