KUIZ

1. Ahmad berjaya menyimpan sejumlah wang dan kini menghadapi beberapa pilihan seperti berikut. Yang mana pilihan terbaik baginya?  

menyimpan wang itu dalam akaun deposit tetap
melabur dalam dana unit amanah
membeli saham dalam pasaran saham
membayar baki kad kredit yang mengenakan faedah 18% setahun
  
2. Katakan kadar inflasi tahunan adalah sebanyak 3%, berapa tahunkah masa diambil untuk mengurangkan kuasa belian RM1,000 sebanyak 50%?
10 tahun
24 tahun
30 tahun
36 tahun
  
3. Mariam memiliki bermacam-macam jenis saham, bon dan dana unit amanah untuk mengurangkan risikonya. Tindakan Mariam ini dipanggil
Simpanan
pengkompaunan
kepelbagaian
pemurataan kos ringgit
  
4. Siti berhajat memiliki RM100,000 dalam masa 20 tahun. Lebih cepat dia memulakan simpanan, semakin sedikit yang perlu disimpannya kerana
pasaran saham akan naik
kadar faedah akan naik
faedah atas simpanannya akan memulakan pengkompaunan
wangnya akan mempunyai nilai yang lebih dalam masa 20 tahun
  
5. Jika anda membeli saham sesebuah syarikat,
anda memiliki sebahagian daripada syarikat itu
anda telah meminjam wang kepada syarikat tersebut
anda bertanggungjawab terhadap hutang syarikat tersebut
syarikat tersebut akan memulangkan semula pelaburan pokok anda bersama faedah
  
6. Jika anda membeli bon syarikat,
anda memiliki sebahagian daripada syarikat itu
anda telah meminjamkan wang kepada syarikat itu
anda bertanggungjawab terhadap hutang syarikat
anda boleh membantu menguruskan syarikat
  
7. Saya berusia lebih 21 tahun dan saya hendak membeli saham di pasaran saham,
Saya boleh meminta saudara mara atau kawan yang dipercayai untuk membelikan saham itu untuk saya
Saya boleh membuka sendiri akaun CDS untuk membeli saham
Saya boleh pergi ke BSKL dan membeli saham terus daripada bursa
Saya boleh pergi ke bank dan minta mereka membeli saham untuk saya
  
8. Apabila membeli unit amanah, maknanya -

Saya adalah pemegang saham semua syarikat berkenaan dan boleh menghadiri mesyuarat agung mereka
Ada jaminan bayaran dividen untuk saya setiap tahun
Risiko kecil kerana pelaburan dana itu dipelbagaikan
Saya meletakkan wang saya bersama-sama wang orang lain, dalam satu dana terkumpul yang diuruskan oleh pengurus profesional

  
9. Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai unit amanah sebelum membelinya, saya mesti -
mendengar taklimat daripada ejen-ejen unit amanah
mendapatkan syor daripada kawan-kawan
membaca prospektus dengan teliti
membaca akhbar atau melayari Internet
  
10. Kawan saya mendapat banyak wang kerana berdagang dalam niaga hadapan. Dia memberitahu saya bahawa saya boleh mendapat sekurang-kurangnya 30% bagi setiap RM30,000 yang saya laburkan melaluinya.
Saya tidak mungkin silap kerana dia tinggal di banglo dan memandu kereta Mercedes, semuanya diperoleh daripada hasil berdagang dalam niaga hadapan
Saya boleh bertanya orang lain yang pernah melabur dengannya
Saya boleh semak dengan SC sama ada dia mempunyai lesen untuk berurus produk niaga hadapan
Asalkan saya ada alamat rumah dan pejabatnya serta nombor kad pengenalannya, saya boleh membuat laporan polis