BALIK KEPADA ASAS

Bagaimana Membina Portfolio Pelaburan

Ramai orang yang hilang minat apabila mendengar perkataan ‘portfolio’ kerana menganggap ianya sesuatu yang rumit dan hanya diperlukan oleh golongan kaya ataupun pakar kewangan sahaja. Hakikatnya, portfolio pelaburan hanyalah suatu rekod yang menunjukkan bagaimana anda membahagikan wang anda dalam kategori-kategori aset yang berlainan. Dengan adanya portfolio pelaburan, anda akan mempunyai cara yang lebih teratur dalam menentukan prestasi kewangan anda untuk memastikan hala tuju kewangan yang tepat.

...lagi

Tips Memilih Saham untuk Pelabur Baru

Ramai yang akan bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa kunci kepada kejayaan dalam melabur di pasaran saham ialah ilmu dan maklumat yang ada pada seseorang itu berkenaan pasaran dan asas syarikat yang menjadi minat seorang pelabur. Jika anda baru sahaja menanam minat dalam pelaburan saham, pastikan anda terlebih dahulu belajar cara-cara memahami maklumat asas berkaitan kewangan syarikat yang diminati, trend pasaran saham dan hala tuju ekonomi.

...lagi


Artikel-artikel terdahulu

Pelan Kewangan

  • Kalau nak menang perang, seorang jeneral memerlukan strategi. Sama juga kalau hendak merealisasi impian (matlamat) kewangan. Anda memerlukan strategi atau pelan kewangan. Pelan kewangan membantu kita menentukan apakah matlamat kewangan kita dan jalan yang paling efektif untuk mencapai matlamat tersebut. Marilah kita belajar langkah demi langkah bagaimana pelan tersebut boleh diatur:
    • Berapa banyak wang yang anda ada sekarang
    • Tetapkan matlamat kewangan
    • Cipta pelan kewangan sendiri
    • Laksanakan pelan yang sudah diatur
  • Risiko, Ganjaran dan Anda
    Antara beberapa prinsip asas pelaburan, yang paling penting ialah perseimbangan antara risiko dan ganjaran: biasanya makin banyak pulangan diperoleh daripada sesuatu pelaburan, semakin tinggi risikonya. Sebelum mengejar pulangan yang tinggi, kenali diri sendiri lebih dahulu kerana personaliti anda memainkan peranan besar terhadap kejayaan anda sebagai pelabur. Adakah anda seorang yang konservatif atau yang berani meletakkan wang anda dalam pelaburan berisiko tinggi?
  • Pelbagaikan Pelaburan Anda
    Adalah bijak kalau anda tidak melaburkan wang pada satu instrumen kewangan sahaja. Jika sesuatu yang tidak dijangka berlaku, semua wang anda akan hangus. Sebaiknya, pelbagaikan pelaburan kerana ini mengurangkan risiko. Tapi janganlah keterlaluan pula, sampai mempelbagaikan pelaburan dalam pelbagai bentuk instrumen kewangan. Terlalu banyak tempat melaburkan wang, takut sukar pulak hendak menguruskan atau memantaunya.
  • Awasi Pelaburan Anda
    Pelan kewangan yang telah dicipta dan dilaksanakan janganlah dibiarkan begitu sahaja. Anda perlu mengikuti perkembangan portfolio pelaburan anda untuk memastikan kedudukannya: sama ada ia perlu diubah suai mengikut perubahan persekitaran pasaran modal atau pun sebab matlamat hidup anda sendiri telah berubah. Ini bukan masa untuk duduk berpeluk tubuh.
  • 10 Cara Bijak untuk Melabur
    Sering disebut bahawa, semua orang ada sahaja nasihat bagaimana anda sepatutnya melaburkan wang. Biasanya anda dinasihatkan supaya berhati-hati menerima 'nasihat' sedemikian. Tetapi petua yang dipaparkan di sini boleh diterima: 10 petua mengenai bagaimana melabur dengan bijak ini telah diuji.
  • Panduan untuk bakal pelabur di pasaran saham
    Panduan mudah langkah demi langkah mengenai bagaimana hendak berurus niaga di pasaran saham
  • Bagaimana hendak memohon IPO?
    Panduan mudah membeli saham melalui Tawaran Awam Awal (IPO).
  • Lima Mitos Pasaran Saham
    Mengikis lima andaian salah yang lazim mengenai pasaran saham.
  • Menyimpan kertas Berkaitan Pelaburan
    Mengapa anda memerlukan kertas-kertas ini dan bagaimana hendak menyimpannya.
  • Apakah Tempoh Masa Pelaburan Anda?
    Bagaimana anda mendefinisikan pelaburan jangka pendek, sederhana dan panjang?
  • Melaburlah dalam Syarikat yang Anda Arif
    Sebagai pelabur bijak, anda perlu berusaha untuk benar-benar memahami tentang sesuatu syarikat itu sebelum memutuskan untuk melabur.
  • Harga Wajar IPO: yang perlu Diperhatikan
    Bagaimana anda menentukan sama ada tawaran awam awal (IPO) diletakkan harga yang wajar atau tidak?
  • Adakah permohonan pinjaman anda akan diluluskan?
    Setiap kali kita memohon pinjaman atau kad kredit daripada bank, maklumat peribadi kita akan didedahkan kepada pihak bank. Maklumat-maklumat itu termasuklah nama, alamat, nombor telefon, maklumat pekerjaan, nombor kad pengenalan, umur, status perkahwinan dan pelbagai lagi.
  • Bagaimana Memilih Saham Yang Menguntungkan?
    Satu-satunya sebab anda melabur dalam pasaran saham adalah kerana ingin mendapat pulangan yang lumayan. Walau bagaimanapun, jika anda perhatikan lebih daripada 1,000 kaunter yang terdapat di Bursa Malaysia, tugas memilih kaunter yang sesuai bukanlan mudah. Anda mungkin sudah mendapatkan nasihat mengenai cara-cara melabur dan memilih saham dengan bijak, tetapi perlu diingat bahawa walau apa pun nasihat yang diperolehi, nasihat-nasihat tersebut tidak boleh menjamin pulangan. Apa yang boleh disenaraikan di sini hanyalah beberapa ciri-ciri penting yang perlu diberi perhatian dalam memilih saham syarikat yang berpotensi. Maka, anda perlu melengkapkan diri dengan maklumat-maklumat kewangan yang relevan sebelum menganalisa asas syarikat-syarikat tersebut.
  • Asas-asas Pelaburan Saham
    Sejak beberapa tahun yang lalu, saham telah menjadi instrumen pelaburan yang semakin popular. Walau bagaimanapun, ramai yang kehilangan sebahagian besar pendapatan mereka apabila pasaran saham merudum. Sekiranya anda bertanya kepada rakan-rakan anda, pasti ramai di antara mereka yang melabur dalam saham. Namun, jika anda bertanya lebih lanjut, anda akan mendapati bahawa ramai di antara mereka yang tidak tahu-menahu mengenai saham yang mereka beli. Jangan terkejut jika ada yang mengakui bahawa satu-satunya sebab mereka melabur dalam pasaran saham ialah kerana “orang lain pun beli”, tanpa mengambil inisiatif untuk memahami asas-asas pelaburan saham.