|
Pasaran
Modal Malaysia menawarkan produk pelaburan yang berikut:
 |
saham
(ekuiti) |
 |
bon |
 |
waran,
CULS (saham pinjaman) |
 |
dagangan
komoditi |
 |
niaga
hadapan & indeks opsyen |
 |
unit
amanah |
selain
daripada aset pelaburan bukan modal seperti simpanan bank,
hartanah, insurans dan barang koleksi bernilai.

Seorang
pelabur bijak akan memilih satu atau lebih daripada aset pelaburan
di atas, bukan sahaja berdasarkan matlamat dan jumlah modal
yang dimiliki, tetapi juga bergantung kepada kesanggupan menerima
risiko. Semua pelaburan mempunyai risiko; sebahagiannya lebih
berisiko berbanding yang lain. Anda perlu memastikan sama
ada anda seorang yang sanggup menerima risiko atau sebaliknya
supaya anda boleh meneruskan program pelaburan sama ada yang
agresif, sederhana atau konservatif. Pendek kata, pilih strategi
pelaburan yang sesuai dengan profil anda kerana anda perlu
rasa senang dengan pilihan tersebut. Jika anda tidak sanggup
menerima risiko, elakkan melabur dalam ekuiti kerana harganya
sentiasa turun naik dalam masa yang singkat. Anda boleh melabur
seberapa agresif yang anda ingini, asalkan masih boleh tidur
nyenyak pada waktu malam.

Bon,
komoditi, niaga hadapan dan opsyen ialah instrumen modal yang
menarik bagi pelabur institusi dan memerlukan modal yang besar
untuk berurus niaga. Sebagai pelabur runcit, anda mungkin
lebih selesa melabur dalam ekuiti dan unit amanah. Tetapi
yang mana lebih sesuai untuk anda?
Jika
anda ada banyak masa untuk membuat penyelidikan tentang saham
dan arah aliran pasaran, serta gemar menguji kebolehan sendiri,
anda bolehlah melabur terus dalam pasaran saham. Sebaliknya,
jika anda tidak mahu menanggung bebanan setiap hari mengendalikan
sendiri urusan pelaburan, menyediakan sejumlah wang setiap
kali membuat pelaburan dan mengambil langkah untuk mempelbagaikan
pelaburan secepat mungkin, anda patut mempertimbangkan untuk
melabur dalam unit amanah.
Jangan
laburkan wang sebelum anda benar-benar memahami semua maklumat
yang berkaitan dengan pelaburan.
Bagi
saham, anda perlu membuat pilihan berdasarkan pendekatan fundamental,
bukan berdasarkan khabar angin. Bersedia untuk membuat analisis
terhadap laporan tahunan syarikat, penyata kewangan dan laporan
lain serta mengikuti semua perkembangan pelaburan dalam industri
berkenaan, dalam negara, dan di peringkat antarabangsa. Anda
mungkin boleh menggabungkan pendekatan analisis fundamental
ini dengan pemilihan masa yang tepat dan bijak untuk memasuki
pasaran. Berwaspada terhadap apa saja cadangan daripada rakan
anda atau khabar angin, terutamanya jika tiada penjelasan
munasabah disebalik cadangan itu. Prinsip asas membeli saham
ialah caveat emptor: biar pembeli berwaspada.
Bagi
unit amanah, anda harus meneliti dana unit amanah dan syarikat
pengurusannya sebelum membuat pelaburan. Baca dan fahami prospektus
dana, surat ikatan amanah, penyata kewangan, matlamat pelaburan,
di mana dan bagaimana wang anda dilaburkan, risiko terbabit
dan bayaran yang dikenakan. Buat penyelidikan, kumpulkan maklumat
mengenai prestasi dana syarikat itu pada masa lalu dan bandingkan
dengan prestasi dana syarikat lain dalam bidang yang sama
- anda patut mempertimbangkan untuk melabur dalam dana yang
menunjukkan prestasi terbaik ketika pasaran kurang memberangsangkan
(tetapi melibatkan pengambilan risiko yang tinggi). Tetapi
perlu diingat bahawa prestasi dana yang menggalakkan pada
masa lalu tidak menjamin prestasi baik pada masa hadapan.

Jangan
memulakan sebarang program pelaburan jika anda belum mengumpul
wang simpanan secukupnya sebagai penampan perbelanjaan kecemasan
selama antara enam hingga sembilan bulan. Penampan ini penting
supaya program pelaburan tidak terjejas akibat berlakunya
keperluan kewangan yang mendesak. Hutang jangka pendek perlu
dilangsaikan sebelum menggunakan wang simpanan untuk melabur.
Fahami risiko yang lebih besar jika melabur dengan wang pinjaman.

Berfikir
secara jangka pendek boleh menjejaskan keberkesanan rancangan
jangka panjang. Harus diingat bahawa dalam apa jua pelaburan,
akan wujud keadaan tidak menentu yang akan pulih semula dalam
tempoh jangka panjang. Oleh itu, anda perlu bersabar dan memegang
pelaburan bagi tempoh lebih lama. Sejarah menunjukkan bahawa
pasaran pelaburan tetap akan kembali pulih dan bergerak ke
tahap baru yang lebih tinggi. Tetapi jika anda hendak membuat
spekulasi bagi mendapat keuntungan segera, lakukan dengan
berhati-hati dan pastikan jumlah wang yang dilaburkan tidak
akan membebankan anda sekiranya berlaku kerugian.

Strategi
bijak ini menyebabkan turun naik pasaran memberi manfaat kepada
anda kerana melaburkan sejumlah tetap wang pada jarak waktu
yang tetap bagi tempoh masa tertentu, akan mengurangkan kos
purata jangka panjang bagi setiap saham. Ini merupakan cara
terbaik untuk melabur dalam ekuiti yang sentiasa turun naik
harganya kerana anda dapat membeli lebih banyak unit saham
apabila harga turun dan membeli sedikit apabila harga naik.
Cara ini juga boleh menggantikan strategi yang boleh membebankan
kerana perlu meramalkan masa sesuai untuk melabur dalam pasaran.

Cara
terbaik untuk mengurangkan risiko sambil mengekalkan kadar
pulangan tinggi ialah mempelbagaikan pelaburan anda dalam
pelbagai jenis produk pelaburan dan kelas aset. Jika anda
hanya melabur dalam ekuiti, lebih wajar membuat pelaburan
dalam pelbagai syarikat dan sektor. Jika anda melabur dalam
unit amanah, pilih beberapa jenis dana jangan terhad pada
satu. Kerugian yang dialami oleh beberapa kaunter/dana boleh
ditampung oleh keuntungan yang dinikmati di kaunter/dana lain.
Cara ini mengelakkan anda daripada terlalu terdedah kepada
risiko satu pelaburan sahaja. Kata orang, lebih banyak, lebih
selamat. Bagaimanapun, elakkan daripada mempelbagaikan pelaburan
secara keterlaluan kerana ini boleh mengurangkan prestasi
portfolio anda.

Sentiasa
mengkaji semula dan mengawasi pelaburan anda untuk memastikan
bahawa program pelaburan itu masih bersesuaian dengan matlamat
kewangan anda. Pantau prestasi pelaburan anda untuk memastikan
sama ada matlamat pulangan yang diharapkan telah dicapai,
atau anda mungkin perlu menyusun semula pelaburan sekiranya
gabungan pelaburan anda tidak sesuai lagi. Jangan takut menukar
sesuatu pelaburan yang terlebih nilai dengan pelaburan baru
yang lebih rendah nilainya. Tukar pelaburan untuk menyelamatkan
modal anda dalam keadaan pasaran tidak menentu, bukan mengejar
pendapatan lumayan yang belum pasti lagi.

Berhati-hati
sekiranya ditawarkan keuntungan segera atau pulangan tinggi.
Pada bulan Disember 2001, Suruhanjaya Sekuriti telah mengambil
tindakan terhadap penipuan firma pasaran komoditi lani yang
menipu pelabur beribu-ribu ringgit melalui skim mereka. Ketahui
lebih lanjut penipuan tersebut dalam http://www.sc.com.my/html/resources/fr_resource.html.
|