JobStreet - Kisah Kejayaan Syarikat Malaysia

oleh CFA Malaysia
Jarang sekali anda temui satu perniagaan yang mempunyai kombinasi ciri-ciri yang tepat yang anda cari bagi sesuatu pelaburan. Sebuah syarikat yang mendapat `pegangan kekal’, meminjam istilah daripada Warren Buffet, ialah JobStreet, disebabkan oleh model perniagaannya yang hebat, arah aliran pertumbuhannya yang secular, dan pengurusannya yang berbakat. Berdasarkan harganya sebanyak RM1.79 (setakat 20 Nov 2006), pelaburan yang dibuat dalam JobStreet sejak penyenaraiannya pada bulan Nov 2004 memberikan jumlah pulangan 237.9% dalam tempoh dua tahun atau pulangan tahunan melebhi 84.7%.

Latar Belakang Syarikat

Dimulakan pada tahun 1995 oleh tiga graduan kejuruteraan muda Malaysia menggunakan simpanan mereka sendiri, perniagaan tersebut asalnya dikenali sebagai Malaysia Online (MOL).

Pada peringkat awal penubuhannya, MOL beroperasi melalui portal yang menawarkan e-dagang. Selepas mencuba pelbagai model perniagaan, pengurusannya memutuskan pada tahun 1997 bahawa potensi syarikat adalah dalam penyediaan perkhidmatan pengambilan tenaga kerja secara dalam talian. Walaupun pembiayaan merupakan satu masalah pada permulaannya, MOL menerima tawaran untuk membeli syarikat tersebut pada tahun 2000 bagi nilai jenamanya yang diterima.

Pemegang saham menyimpan perniagaan JobStreet, atau yang lebih penting lagi, membuat keputusan nekad untuk menyuntik keuntungan daripada jualan kira-kira sebanyak RM10 juta ke dalam syarikat.

JobStreet menyediakan perkhidmatan pengambilan tenaga kerja, atau lebih tepat lagi, ia menyediakan tempat maya bagi memadankan permintaan dan penawaran kerja bagi pekerja kolar putih. Syarikat tersebut mengambil masa selama 7 tahun untuk mencapai skala ekonomi yang diperlukan untuk pulang modal, yang mana ketika itu ia telah menjana modal baru daripada beberapa pemodal teroka.

Sejak syarikat tersebut membuat keuntungan sebelum cukainya yang pertama sebanyak RM2.9 juta pada tahun 2003, syarikat terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Sehingga 2005, perolehannya telah berlipat kali ganda kepada RM16.3 juta. Ia disenaraikan di MESDAQ pada tahun 2004, dan pada hari ini ia menampung dirinya sendiri dengan pegangan tunai sebanyak hamper RM40 juta. Jumlah pulangan pemegang saham sejak IPO ialah 237.9%.

Sebab kejayaan

1) Produk hebat

Seperti kebanyakan perniagaan hebat yang lain, kekuatan teras JobStreet ialah produk hebatnya. Media merupakan perniagaan yang baik untuk diceburi sekiranya skala ekonomi boleh dikekalkan, dan suatu perniagaan yang lebih baik untuk diceburi sekiranya beberapa kekurangannya boleh diselesaikan dengan menggunakan keupayaan Internet.

Cadangan nilai JobStreet bagi perkhidmatan pengambilan kerja dalam taliannya sangat menarik. Bagi majikan, ia menyediakan akses kepada pangkalan data calon-calon yang besar, dan juga sangat disasarkan, yang boleh diprofilkan dengan umur, kelayakan dan pengalaman. Bagi pekerja, ia merupakan perkhidmatan percuma yang menyampaikan sebilangan kekosongan yang berpadanan dengan keperluan mereka.

Seperti yang dijangkakan, pengambilan kerja dalam talian adalah sangat berautomasi, yang mana hamper semua peringkat proses dilaksanakan dalam talian. Ini meliputi daripada pendaftaran resume dan pilihan kerjaya oleh pencari kerja, sehingga kepada penghantaran iklan kerja oleh majikan, dan pengendalian padanan kerja dan komunikasi antaranya. Hasilnya, produktiviti dipertingkatkan dengan begitu ketara.

Yang memudahkan lagi ialah kos pengiklanan dalam talian merupakan satu pecahan daripada kos cetakan media, oleh kerana penjimatan ke atas kertas dan percetakan sebahagian besarnya ditanggung oleh para pengiklan.

2) Masa dan tempat yang tepat

Satu lagi penyumbang kearah kejayaan syarikat tersebut ialah model perniagaannya yang hebat, dan kesesuaian masa ia diperkenalkan ke pasaran. Tidak seperti beberapa segmen e-dagang yang lain, jenis perniagaan pengiklanan membuatkan ia agak sesuai untuk dijalankan secara dalam talina. Ia tidak membabitkan penghantaran fizikal, mereka yang berkaitan boleh disasarkan dan keupayaan interaktif dan multimedia Internet menjadikan ia aset yang bernilai bagi tujuan ini.

Walaupun pengiklanan dalam talian di Malaysia tidak begitu memberangsangkan berbanding di AS bagi pelbagai sebab, termasuk perbezaan struktur dan budaya, pengambilan kerja dalam talian tidak begitu.

Tidak seperti iklan lain yang mana pengguna tidak dipaksa untuk menyaksikannya dalam talian, faktor pendorong bagi iklan pengambilan kerja adalah agak kuat. Pasaran bagi perkhidmatan pengambilan kerja adalah besar oleh kerana Malaysia mempunyai tenaga kerja yang agak muda, berpendidikan dan agak mudah pergerakannya. Pencapaian melalui Internet pada masa ini adalah agak rendah, tetapi berkembang pantas.

Mengenai majikan pula, penggunaan perkhidmatan tersebut akan hanya berkembang dengan penerimaan pengambilan kerja dalam talian yang meningkat. Tidak terdapat sebarang masalah penerimaan perkhidmatan yang ketara mahupun isu-isu berkaitan cetak rompak tidak seperti beberapa perniagaan media dalam talian yang lain.

Potensi bagi pertumbuhan JobStreet adalah besar, kerana ia mempunyai banyak sokongan untuk terus maju. Selain daripada sokongan persekitaran perniagaan, pemacu pertumbuhan berpotensi penting ialah ekonomi perniagaannya yang mana kos langsung jualan yang meningkat, tidak termasuk pemasaran, adalah amat rendah. Mana-mana perniagaan dalam situasi sedemikian akan menikmati kemungkinan yang amat menyenangkan.

Oleh kerana kebanyakan kos adalah tetap, sebahagian besar daripada setiap pendapatan menyumbang kepada asas perniagaan dan menyumbang kepada margin yang diperbaiki. Bahagian pasaran yang boleh diperoleh oleh penetapan harga yang agresif bagi penyenaraian kerja, jika perlu. Kebaikan pertumbuhan pusing ganti, walaupun apabila pasaran pengiklanan dalam talian matang, boleh datang daripada kadar pengiklanan yang meningkat dari masa ke semasa.

Memandangkan keupayaan untuk berkembang model perniagaan tersebut, tempat bagi perkhidmatan sedemikian tidak terbatas kepada pasaran tempatan, tetapi secara efektif mana-mana negara di mana syarikat tersebut mempunyai sumber dan keupayaan untuk berkembang di situ. JobStreet telah melakukannya, dengan mengembangkan sayapnya ke Singapura, India, Filipina dan Indonesia.